MOH KITA RAMAI-RAMAI KE GOPENG DENGOR MAT SABU

Tuesday, September 29, 2009

KENALI CALUN PAS

Profil Zulkefly Mohamad Bin Hj Omar (http://zulkeflyomar.blogspot.com)

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 – HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Friday, September 25, 2009

PUKULAN TUN KALI INI LAGI HEBAT UNTUK UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku)

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.(Kata Tan Sri Isa)

Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.

Ayid>>> Lorong nak menang dah terbuka luas, Tun dah buatkan untuk kita. Apa yang penting kita kena ikut saja lorong itu

Wednesday, September 23, 2009

BN Perak Mahu Gulingkan Pengarah JAIP? - Nizar News

Tuan Sheikh Muhamand Nor Mansor al-Hafiz



Isu kelewatan pembayaran elaun siak dan bilal menarik nak dikupaskan hari ini.

semalam dalam blog-blog banyak menyiarkan isu ini,dan paling menarik bila menontong Buletin utama jam 8 semalam kerajaan negeri perak berkata wang waran telah dibayar kepada Jaip 9 sept dan telah diagihkan kepada pejabat pejabat daerah pada 11 sept 2009 , dan dalam perbualan telefon diantara Zamri dan pemberita beliau mengatakan bahawa Pejabat kewangan negeri telah membayar wang tersebut
dan tidak ada kena mengena dengan masalah kewangan kewangan negeri,
Tetapi yang menariknya ialah cara penyampaian berita oleh buletin utama seolah olah menyalahkan Pengarah Jaip Sheikh Muhamad Nor Mansor Al-hafiz dengan menyiarkan bahawa beliau pernah bertanding bagi calun Pas dalam pilihan raya yang lalu dan beliau dilantik semasa zaman pemerentahan Dato Sri Nizar.

Jadi banyak persoalan yang menarik disini adakah kelewatan ini satu konpirasi atau memang disengaja atau pun memang masalah teknikal?Jika benar ini masalah teknikal kiranya bersabarlah wahai tok siak dan tok bilal jangan risau wang anda tak kemana bersabar sahaja nanti dapat wang itu.


Bagi Pengarah jaip ini mungkin satu signal dari kerajaan kudeta perak bahawa jawatan ini mungkin panas kerana latar belakang Tuan Sheikh yang pernah menjadi calun Pas dalam pilihan raya umum yang lalu ,mungkin ada usaha2 nak bersihkan pengaruh nizar dalam Jaip ?.Walau bagaimana pun kita tidak mahu isu ini menjadi lebih panjang serta dipolitikan oleh orang ramai.


Apa apa pun kita harap masalah teknikal macam ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ramai tok siak dan bilal yang tak dapat imbuhan tempoh hari akan dapat meringankan kewangan mereka walaupun hari lebaran telah berlalu.

Simber: From Perak With Love

Tuesday, September 15, 2009

Lihat sejadah berdiri 8 jam



GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd.
Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.



PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Sumber IBNUHASAN

Tuesday, September 8, 2009

Mana GENG LEMBUmno semasa Rumah Allah DIROBOH KERAJAAN BARISAN NASIONAL SELANGOR SEBELUM INI?



Di sini saya senaraikan beberapa masjid dan surau yang telah dirampas, di sita dan di roboh semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu.

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Saya ingin tahu, apa tindakan ahli-ahli geng kepala lembu ini buat semasa rumah Allah itu diperlakukan oleh pemerintah yang juga konon mengaku Islam?

Saya percaya, tindakan “geng lembu” ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembawakan dan muslihat 1 Malaysia yang mahu membuat onar agar pentandiran negeri Selangor sekarang ini seperti tidak pandai memerintah.

Tidakkah geng lembu ini tidak terfikir bahawa lembu itu merupakan haiwan suci bagi agama Hindu? Apa perasaan mereka jikalau orang-orang Hindu pula keluar di jalanraya dan membakar Al-Quran?

Kenapa Umno dan Barisan Nasional yang kuat mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mahu menggunakan akta tersebut untuk menahan juak-juak yang cuma menimbulkan kekacauan kaum dan agama ini?

Adakah ISA itu hanya untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sahaja?


Posting menarik ni dipetik dari : http://muslimeen-united.blogspot.com

Sunday, September 6, 2009

ADUN TEJA HADIR TAZKIRAH RAMADHAN







Moral: Adun Teja ini faham akan ayat allah dalam surah Al Na'am ayat 108