MOH KITA RAMAI-RAMAI KE GOPENG DENGOR MAT SABU

Sunday, October 25, 2009

PAS PERAK DESAK POLIS, SUK JANGAN CAMPURTANGAN

IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini

Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.

Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.

"PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini.

"PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dipetik.

ImageSelain itu mereka juga mendesak, keselamatan ADUN Pakatan dijaga ekoran dakwaan akan munculnya 'samseng-samseng' upahan yang tidak di kenali pada persidangan itu nanti.

Mereka tidak mahu insiden mengangkat V Sivakumar dari kerusi Speaker oleh mereka yang tidak dikenali berulang sekali lagi.

"Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan," kata beliau lagi.

Desakan turut dibuat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.

SUK dakwa mereka hanya kakitangan kerajaan dan berada dibawah kuasa eksekutif dan tiada hak sama sekali mencampuri kuasa legislatif yang ada pada sidang DUN.

"Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.

"Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan, katanya lagi.

Seperkara lagi katanya, kecelaruan persidangan tersebut mungkin timbul ekoran keputusan terbaru mahkamah yang telah membenarkan Speaker, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Ayid>>> Pehak SUK jangan lah campor lagi. Nak campor berhenti koroje masuk saja Politik. Nani boleh jadi ADUN pulak. Jadi ADUN nanti baru rasa apa yang orang rasa

Saturday, October 17, 2009

PAS UNTUK SEMUA; PENYOKONG UMNO TURUT SAMA


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/pasuntuksemua.JPGHULU TERENGGANU – Dasar ’Memasyarakatkan PAS’ dengan program ’PAS Untuk Semua’ (PAS For all) telah membuahkan hasil, menjadikan PAS sebuah parti politik yang digeruni oleh lawannya, UMNO dan Barisan Nasional.

Bermula dengan konsep ’engagement’ atau ’pertautan’ PAS dengan pelbagai pihak, hasil dari perlaksanaan polisi tersebut mula dikecapi dan berjaya membawa PAS ke pentas politik arus perdana.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hasil dari perlaksanaan dasar tersebut, PAS kini mendapat sokongan pelbagai golongan termasuk dikalangan terpelajar, samada di kawasan bandar atau di pinggir bandar.


”Kejayaan itu (memasyarakatkan PAS) bukan sahaja melalui ucapan, bahkan melalui kenyataan, diantaranya kita telah berjaya menarik khususnya golongan terpelajar,

”majoriti kalangan terpelajar menyokong PAS dan bersama-sama PAS, ini dapat dilihat bagaimana pengaruh PAS berkembang di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar,”katanya ketika menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menyampaikan Ucaputama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di markaz Tarbiyah Kubang Lembek, disini semalam.

Selain itu, program ’PAS For All’ juga, katanya, telah berjaya memecahkan tembok pemisah di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/ustazhadiokt09.JPG”Kita bukan sahaja ke (pada) tahap mengadakan kerjasama dengan parti-parti (politik) yang bukan Islam, dalam masa yang sama kita telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS, yang disertai oleh orang bukan Islam,”ujarnya.

Katanya, ahli-ahli Kelab Penyokong PAS telah menunjukkan komitmen, bukan setakat menyatakan sokongan, bahkan membuktikan kesungguhan mereka dengan ’turun padang’ dalam kerja-kerja pilihanraya sebelum ini.

Oleh itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, untuk meneruskan ’lonjakan’ ekoran kejayaan penubuhan Kelab dan sebagai satu pengiktirafan kepada mereka, PAS akan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi ’sayap baru’ dalam organisasinya.

Namun, persoalan samada ahli-ahli Kelab Penyokong akan dipilih mewakili PAS menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya ke 13, beliau menjawab; ia adalah bergantung kepada keperluan keatas perkara tersebut pada masa akan datang.

”Kita (PAS) tidak gopoh (membuat keputusan) atas perkara ini kerana kita masih lagi bersama Pakatan Rakyat yang juga sudah mempunyai calon-calon bukan Islam,

”peringkat (perkara) mencalonkan (ahli Kelab Penyokong) akan dilihat dari segi keperluan pada masa akan datang,”jelasnya.

Mengungkap kejayaan memasyarakatkan PAS, beliau membawa contoh, sokongan terhadap usaha PAS diukur melalui majlis-majlis masyarakat yang mendapat sambutan, malah turut disertai oleh penyokong parti lawan.

”Majlis-majlis masyarakat yang kita (PAS) anjur disertai oleh orang-orang UMNO sendiri, contohnya kerja-kerja kebajikan yang kita buat, kerana kita tidak melakukan (dan) mengamalkan diskriminasi (membezakan antara PAS dan UMNO),”tambahnya.